Selasa, 5 April 2011

PUDING TRIFFLE 86x ......

Assalammualaikum....

Ari ni AZ nk brkongsi satu resepi baru ciptaan akak2 86x. Nape AZ pangil akak2 86x? Tak da nama ke akak2 nie? hikhikhik.. Sebenarnya 86x tu AZ amik dr alamat umah AZ kt KL ni. Kalau nk sebut setiap nama diorg ni. Susah ckit sbb diorang ni ramai n nama diorg smua cm artis2..Glamour you diorg ni... Ok la.. AZ nk cite cara2 nk wat PUDING TIFFLE 86x nie... Sila baca n cuba ek.. :-)

Bahan-bahan

1 tin susu cair @ susu segar
1 sudu besar gula
1 mangkuk air suam ( tak kisah saiz apa pn mangkuk tu asalkan tak sbesar besen)
4 susu besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran ( asingkan buah dgn air buah nya)
1 paket serbuk jeli
1 mangkuk air panas
Kek Swiss Roll (perasa ikut citerasa masing2)

Cara-caranya


1.   Cairkan susu cair @ susu segar bersama gula. Panaskan dan tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung kastard dan air suam ke dalam bancuhan susu cair@susu segar tadi. Kacau perlahan-lahan dalam keadaan api yg kecil dan masakannya hingga pekat. Selepas bancuhan pekat. Padamkan api dan biarkan ia seketika.

2.   Potongkan Swiss Roll mengikut sais kesukaan kita dan susun dalam bekas. (Tp jgn trlalu kocik saiz nyo. Kang wat trselit colah gigi yo..) Percikan air buah-buahan tadi mengikut kesukaan kita agar kek Swiss Roll nampak lembab. Kemudian taburkan buah-buahan campuran tadi ke atas kek Swiss Roll tadi. Hiasi la kek Swiss roll dgn buah-buahan campuran mengikut kreativiti masing2 dan tuangkan campuran kastard (adunan pertama tadi) tadi ke atas buah-buahan. Ke tepikan dahulu kek Swiss Roll nie.

3.    Kemudian bancuhkan serbuk jeli dengan air panas sehingga bancuhan larut dan tuangkan ke atas adunan kastard tadi. Selesai sudah cara-cara untuk membuat PUDING TRIFFLE 86x.. Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.

* 1. Ni la pic nya puding triffle 86x...

* 2. So delicious... Desert 86x.. yummy yummy

* 3. Ni pic puding triffle 86x dari tepi.


p/s: Lagi sedap di makan bersama Whipping Cream...


~ SELAMAT MENCUBA ~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan