Isnin, 25 April 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Assalammuallaikum…

“Membaca Itu Adalah Jambatan Ilmu”.. Hari ini aku nak kongsi cerita mengenai pengalaman aku ke pameran buku. Kalau minggu yg sebelum ni aku bjalan ke Melaka. Minggu lepas plak hari sabtu aku berjalan ke Kuala Lumpur International Book Fair 2011 dekat PWTC. Ni la wat pertama kali nya aku pergi book fair ni. Punya la ramai orang.. Naik poning kepalo den di buek nyo.. Walhal aku dah sampai awal kt book fair ni. Rupany da orang lain lg awal dari aku. (Berumah tango ko apo diorang ni kek PWTC ni. Agak eih diorg ni duk tggu dopan PWTC ni sobolom subuh kot) hehe.

Lupa plak nk bgtau. Aku gi book fair ni dgn  housemate aku. Kak imah dan mijah. Diorang memang suka membaca. Berbanding dgn aku yg  hanya membaca untuk masa terluang bile aku tak kua merayap (cam ulat bulu plk merayap-rayap). Sampai je kat PWTC kami cari penunjuk arah untuk ke Dewan Tun Razak 3. Nak cari buku yg kita orang nak.. Aku dah sah-sah la dtg nak cari favorite novel aku dari penulis terkenal Norhayati Berahim dari NB Kara @ http://norhayatiberahim.blogspot.com

Aku memang kagum giler dgn hasil karya beliau. Meminati nya dari zaman sekolah sehingga sekarang. Bile dah kerja da masa dan duit ckit.. Of course  setiap novel dia. Mesti aku beli. Karya-karya beliau banyak  memberi semangat dan kekuatan dalam hidup aku. Sebab ada kala ceritanya terkena pada kehidupan aku…

                                 #  Sempat lagi posing sambil tunggu lrt sampai

# Sementara cari jalan ke Dewan Tun Razak 3. 
Sempat lai amik picture dengan Abg SY= Abg Jem

Balik semula cerita di book fair tadi.hehe.  Bile dah jmpa je Dewan Tun Razak 3.. Masuk je ke dewan tu. Dari jauh aku dah nampak booth NB Kara. Aku terus pegi ke booth. Memang banyak novel hasil karya nya yang terbaru. Kebetulan penulis nya pun da. Sapa lai kalau bukan Kak Norhayati Berahim. Apa lai aku terus beli 2 buah novel- Kembalikan Cintaku dan ..Hujan Pun Menari… Manakala akak aku beli 2 buah novel gak - Pesanan Terakhir Seorang Lelaki dan Aku Bukan Rabiatul Adawiyah karya Kusyi Hirdan dan Sambal Kerang Najwa. Aku bergambar sakan la dengan penulis tu sambil mintak autographer mereka… Rasa time tu cam teruja sgt2 vs jakun.. Hahahahaha. 

Lepas memborong 4 buah novel NB Kara. Kami pun pegi ke booth PTS di Dewan Tun Ismail. Time ni aku just beli sebuah buku ilmiah mengenai perkahwinan. Tapi bukan aku beli buku tu tanda nya aku nak kawin skrg. Bukan yea.. Cuma nak menambah ilmu dan memotivasikan diri  sahaja. Kak imah dan mijah beli buku ilmiah berkaitan dengan Rasullulah S.A.W. Banyak buku yang ada. Sampai kan tak terbeli dan tak terbaca. Tak pe.. Next time book fair. Aku akan join lg ke pameran ini...


# Ni la gaya nya bile kami dah jumpa buku. Orang amik picture pun tak sedar.
Kusyuk membaca
 # Gaya Cik AZ bile dapat shoping.. Penuh tangan memegang bag plastic…

# Ni la antara buku-buku yang dapat kami shoping… Banyak kan.  Meriah beb..

Isnin, 18 April 2011

Jalan-jalan d' Melaka

Assalammualaikum….
Dah lama aku tak online.. Almaklum la Bz dgn keja n’ kursus cna cni.  Dah lama gak r aku tak Sok..Sek..Sok..Sek kat blog ni. Windu rasanya.. hehe. Sama windunya aku pada kawan baik aku ni Honey Wanee n’ cik abg territory group. Lama dah aku tak jumpa they all ni. So last weekend aku mmg free time. Time ni la aku merangka program hujung minggu untuk g cuti-cuti Malaysia ke Melaka Bandar Bersejarah.. Tapi kalau korang tany psal history Melaka ni memang aku  tak dapek nak story..sobab den dah banyak lupo. Yang aku ingat pun sejarah Melaka ni dibuka oleh Parameswara..hehe

Last week aku gi makan ikan bakar kat Umbai Melaka. Environment nya memang best .. Mengadap laut Selat Melaka. Harga berpatutan dan makanan nya meletup.. Best.. Berbaloi r dtg dari jauh. Bertolak lepas asar dari Shah Alam dengan Wani, Nizam n’ abg cayunk aku Fazrol..(opss jgn fkir bukan2 k..Bukan abg gitu-gitu tau. Just abg tak berapa nak angkat) hahaahahahaa. Masa perjalanan 1jam ½ dah sampai dah. Nape muka berkerut2 tu.? Sebab korang rasa cepatnya sampai.. Hahahaahhaha… Tgk la sapa driver kalau bukan En Ayam (nama manja nizam). Racer fofular seksyen 19.

 # 1 Ikan Bakar Parameswara - Umbai

# 2.  Ni la driver@racer fofular seksyen 19- Ayam@Nizam

Area ikan bakar ni cam medan selera. Banyak gerai da rata2 hidangan semua nya makanan laut la.. Beza sedap@ tak je. Aku memilih kedai makan Ikan Bakar Parameswara. Sebab aku tgk ramai customer kt kdai tu. Orang cakap kalau kedai tu ramai orang dtg. Tu tandanya makanan nya msti meletup. Makan blh pengsan kekenyangan..hahahahaaha. Kedai ni pun blh dikata fofular gak. Namanya disebut2 sampai ke KL tapi tak pasti la JJCM (singkatan Jalan-jalan Cari Makan)dah sampai ke blom ke cni. Sebab tak nampak plak frame JJCM kt wall kedai ni.

 # 3. Sempat lai aku pose smentara tunggu order sampai

 # 4. View Selat Melaka waktu magribh

Sampai je kedai ni. Diorag amik port meja mengadap laut Knon2 nak tgk sunset la. Tapi sunset apa kebendanya kalau dah sampai magribh.hehe. Memandang kan perut masing2 dah kebulur n’ org pun makin rmai yg dtg. So urusan amik order aku serahkan pada angah(nama manja Fazrol) dan wani. Diorg gi pilih seafood yg diorg nak. Kat cni makanan laut smua fresh n' blh pilih jenis masakan apa yang kita nak.

 # 5. Wajah aku yang xcited nak makan.. Semua lauk dekat dengan aku(betul2 kebulur ni)hahaahaha
 # 6. Lala Sweet Sour

 # 7. Kailan goreng ikan masin

 # 8. Sotong celup tepung

 # 9. "Butter Prawn"

# 10. Slurppp.. Pengsan kekenyangan makan makanan nie...

Diorg order seekor ikan jenahak untuk dibakar, udang masak ‘butter prawn’, sotong goreng tepung, lala sweet sour, kailan goreng ikan masin, sejug air tebu n’ sejug air oren…haahahahah (betul-betul kehausan) giler tak kitaorg makan. Ni kebulur tahap tertinggi dah ni. Kat cni diberi pilihan untuk makan seafood dengan nasi putih@nasi lemak. Orang Melaka memang biasa makan nasi lemak dengan seafood. Tapi kitaorg pilih nasi putih. Sebab nasi lemak ni besa kitaorg makan time bek1st bkn dinner time.


Lepas kitaorang kekenyangan. Kami sempat la mengabadikan kenangan dengan pose yg menarik kat persekitaran Umbai Ikan Bakar ni. Photografer familiar kami angah la. Dia je da kamera yg tip top. Kebetulan angah pun baru beli DSLR baru. So time ni r nk mnguji kecanggihan kamera tu.. Aku pun apa lagi posing bagai nak rak la.. Sampai nak pecah lens kamera tu asik amik pic aku je. Hahaahahah. Aku pun da gak kamera cuma cap ayam je tak tip top cam kamera angah. Hehe.

# 11. Nie la dia my photografher- Angah@fazrol

# 12. Melaka river

Lepas puas mengabadikan kenangan kat Umbai. Kitorg pun roger ke Dataran Pahlawan. Duk jalan2 area Bandar Bersejarah Melaka ni.  Sambil berposing bergambar.. Puas berposing. Kitaorg pegi plak Jonker Walk Street. Tempatnya ala2 China Town n’ Petaling Street . Kat cni da jual cam2 souvenir. Rambang gak r mata aku sekejap. Tapi aku just bli anting-anting n’ cekak rambut je. Tu je yg menarik minat aku. Yg lain besa2 je.Bangunan kat cni cam Old Town. Trasa la cam berada di zaman dulu-dulu. Penat berjalan, berposing n’ mbeli blah. Kitaorg pun blik Shah Alam dalam pk12.

 # 13. Me n' wani..

 # 14. Mengabadikan kenangan..Pose jgn tak Pose..

 # 15. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

# 16. Picture Christ Church

 # 17.  Rumah Pelancongan Melaka

 # 18. Jonker Walk.. Ala2 China Town@Petaling Street

Thanks kawan-kawan bawak aku jalan-jalan. Exspecially En Ayam-driver n’ angah- photografher merangkap co-pilot . Aku dalam keta tido je dgn wani..Walaupun penat melayan karenah kitaorg. Tapi dia still tersenyum. Hehehe. :-)

P/S: Sori aku terlupa nk snap picture ikan jenahak bakar..sebab time tu masing2 dh lapar sgt.hehehe. Nanti AZ upload picture dari kamera DSLR yea.. Picture byk dlm kamera tu..
 

Sabtu, 9 April 2011

Kenapa aku masih solo?

Assalammualaikum...
Apa khabar semua kawan? Hari ini AZ nak berkongsi story&pengalaman hidup AZ. Umur AZ memang dah 20an ke atas tapi x sampai lagi 30 an yea.. Orang tua slalu bercakap anak dara dalam lingkungan umur cam ni ibarat buah tengah masak ranum. Elok dipetik dan sedap dimakan.. Tapi berbeza perasaan ibu bapa kita.. Ada yg duk pening fikir cmana nak menjaga anak perempuan masing2.. Ada tu anak baru abis belaja terus carikan jodoh untuk mereka. Kecian kan.. Tu la tandanya kasih syg ibu bapa tiada gantinya. Bukan apa.. Mereka wat semu tu bagi mengelak kan anak-anak mereka tersalah pilih b'kawan, diumpat orang, difitnah orang @ yg paling menakutkan kalau anak dara diorang menconteng arang dimuka mereka...

Tapi yg AZ selalu xpuas ati. Bile AZ balik kampung msti soalan2 popular diorang akan ajukan. Sampaikan telinga aku ni kadang-kadang dah naik menanah mendengarnya dan berbuih menjawap soalan yg sama. Soalan- Bile nak kawin? AZ akan bg jawapan yg familiar-No Komen@Bz kje xsempat nak cri calon. Bagi AZ perkahwinan tu penting untuk masa depan dan akhirat. Tapi disebabkan jodoh belum sampai.. AZ bcinta bagai nak rak pun. Lom tentu Si Polan tu jodoh AZ. So AZ hanya mampu berdoa dan berserah pada takdir.

Bagi AZ jodoh tiada kaitan dengan keturunan@badi sial. Hanya belum sampai masanya. Ia cam menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. (dah ala2 jambatan Pulau Pinang plak dah) hehe.

Pendapat AZ usia 25 tahun rasanya belum lah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun kalau tak kawin gak@belum punya apa-apa. Tapi bermakna kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan dalam hidup.

Allah itu Maha Mendengar. Kita sebagai umat Nya mesti sentiasa memanjatkan doa dan percaya pada takdirnya. Prinsip AZ kalau bab jodoh memang senang iaitu wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right daripada membiarkan diri kita menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

 #1. Indahnya saat-saat bercinta

So AZ nak bagi tips kat korang semua:

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati kita daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
     Contohnya. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu memakai kerete mewah. Tapi hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Kita pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Cam tu gak dgn alam perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

 #2. Suci nya sebuah ikatan perkahwinan tidak harus dinodai

#3. Manisnya saat-saat cinta bersatu.. Janji dikotakan diatas singahsana nan indah...

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan di masa muda padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji (ala2 laila majnun, romeo juliet la plak) memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
  • Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu camana nak menjaga rumahtangga.
  • Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.


Jodoh tak perlu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

 AZ berharap dan berdoa semoga tuhan tu temukan jodoh anda dan AZ yang terbaik yg boleh membimbing anda dan AZ dunia dan akhirat kelak.. Amin..

Selasa, 5 April 2011

PUDING TRIFFLE 86x ......

Assalammualaikum....

Ari ni AZ nk brkongsi satu resepi baru ciptaan akak2 86x. Nape AZ pangil akak2 86x? Tak da nama ke akak2 nie? hikhikhik.. Sebenarnya 86x tu AZ amik dr alamat umah AZ kt KL ni. Kalau nk sebut setiap nama diorg ni. Susah ckit sbb diorang ni ramai n nama diorg smua cm artis2..Glamour you diorg ni... Ok la.. AZ nk cite cara2 nk wat PUDING TIFFLE 86x nie... Sila baca n cuba ek.. :-)

Bahan-bahan

1 tin susu cair @ susu segar
1 sudu besar gula
1 mangkuk air suam ( tak kisah saiz apa pn mangkuk tu asalkan tak sbesar besen)
4 susu besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran ( asingkan buah dgn air buah nya)
1 paket serbuk jeli
1 mangkuk air panas
Kek Swiss Roll (perasa ikut citerasa masing2)

Cara-caranya


1.   Cairkan susu cair @ susu segar bersama gula. Panaskan dan tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung kastard dan air suam ke dalam bancuhan susu cair@susu segar tadi. Kacau perlahan-lahan dalam keadaan api yg kecil dan masakannya hingga pekat. Selepas bancuhan pekat. Padamkan api dan biarkan ia seketika.

2.   Potongkan Swiss Roll mengikut sais kesukaan kita dan susun dalam bekas. (Tp jgn trlalu kocik saiz nyo. Kang wat trselit colah gigi yo..) Percikan air buah-buahan tadi mengikut kesukaan kita agar kek Swiss Roll nampak lembab. Kemudian taburkan buah-buahan campuran tadi ke atas kek Swiss Roll tadi. Hiasi la kek Swiss roll dgn buah-buahan campuran mengikut kreativiti masing2 dan tuangkan campuran kastard (adunan pertama tadi) tadi ke atas buah-buahan. Ke tepikan dahulu kek Swiss Roll nie.

3.    Kemudian bancuhkan serbuk jeli dengan air panas sehingga bancuhan larut dan tuangkan ke atas adunan kastard tadi. Selesai sudah cara-cara untuk membuat PUDING TRIFFLE 86x.. Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.

* 1. Ni la pic nya puding triffle 86x...

* 2. So delicious... Desert 86x.. yummy yummy

* 3. Ni pic puding triffle 86x dari tepi.


p/s: Lagi sedap di makan bersama Whipping Cream...


~ SELAMAT MENCUBA ~





Jumaat, 1 April 2011

DIRI AKU..

Assalamualaikum...

Apa khabar kwn2 ku sekalian? Nak tau sapa saya..Saya Norshamira@ lebih dikenali sbg Amira Zara..Aku ni anak kpd pakcik sahril n makcik Lela. anak sulung dr 3org adik beradik..Aku da sorg adik lelaki n sorg adik prempuan..smua dh besar.

 Ni pic adik beradik aku.pic ni tym raya aidilfitri 3tahun lepas..(muka kbudak2an)

 Ni pic my mom n my dad tym raya aidilfitri 2010..

Adik beradik xramai..so aku la abg.aku la kakak..pada aku la tmpat diorg mluahkn perasaan.sbb my mom n my dad garang..so kl diorg wat slh@nk mntk tlg.pd aku la dirg mngadu nasib. tp kl aku da maslh..smua mnghilang kn diri.tpksa la aku mluahkn pd sahabat2 baik aku..nk tau sapa diorg? nt masa kn dtg aku cite k.. sbb skrg aku kena bsiap nak pegi Stadium Bukit Jalil.. da program GOVERMENT TRANSFORMASI PROGRAM bsama PM. tp sbnarnya aku gi sbb nk tgk artis idola aku je. Kak Ct Nurhaliza..hehe