Sabtu, 9 April 2011

Kenapa aku masih solo?

Assalammualaikum...
Apa khabar semua kawan? Hari ini AZ nak berkongsi story&pengalaman hidup AZ. Umur AZ memang dah 20an ke atas tapi x sampai lagi 30 an yea.. Orang tua slalu bercakap anak dara dalam lingkungan umur cam ni ibarat buah tengah masak ranum. Elok dipetik dan sedap dimakan.. Tapi berbeza perasaan ibu bapa kita.. Ada yg duk pening fikir cmana nak menjaga anak perempuan masing2.. Ada tu anak baru abis belaja terus carikan jodoh untuk mereka. Kecian kan.. Tu la tandanya kasih syg ibu bapa tiada gantinya. Bukan apa.. Mereka wat semu tu bagi mengelak kan anak-anak mereka tersalah pilih b'kawan, diumpat orang, difitnah orang @ yg paling menakutkan kalau anak dara diorang menconteng arang dimuka mereka...

Tapi yg AZ selalu xpuas ati. Bile AZ balik kampung msti soalan2 popular diorang akan ajukan. Sampaikan telinga aku ni kadang-kadang dah naik menanah mendengarnya dan berbuih menjawap soalan yg sama. Soalan- Bile nak kawin? AZ akan bg jawapan yg familiar-No Komen@Bz kje xsempat nak cri calon. Bagi AZ perkahwinan tu penting untuk masa depan dan akhirat. Tapi disebabkan jodoh belum sampai.. AZ bcinta bagai nak rak pun. Lom tentu Si Polan tu jodoh AZ. So AZ hanya mampu berdoa dan berserah pada takdir.

Bagi AZ jodoh tiada kaitan dengan keturunan@badi sial. Hanya belum sampai masanya. Ia cam menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. (dah ala2 jambatan Pulau Pinang plak dah) hehe.

Pendapat AZ usia 25 tahun rasanya belum lah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun kalau tak kawin gak@belum punya apa-apa. Tapi bermakna kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan dalam hidup.

Allah itu Maha Mendengar. Kita sebagai umat Nya mesti sentiasa memanjatkan doa dan percaya pada takdirnya. Prinsip AZ kalau bab jodoh memang senang iaitu wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right daripada membiarkan diri kita menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

 #1. Indahnya saat-saat bercinta

So AZ nak bagi tips kat korang semua:

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati kita daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
     Contohnya. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu memakai kerete mewah. Tapi hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Ketika kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Kita pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Cam tu gak dgn alam perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

 #2. Suci nya sebuah ikatan perkahwinan tidak harus dinodai

#3. Manisnya saat-saat cinta bersatu.. Janji dikotakan diatas singahsana nan indah...

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan di masa muda padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji (ala2 laila majnun, romeo juliet la plak) memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
  • Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu camana nak menjaga rumahtangga.
  • Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.


Jodoh tak perlu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

 AZ berharap dan berdoa semoga tuhan tu temukan jodoh anda dan AZ yang terbaik yg boleh membimbing anda dan AZ dunia dan akhirat kelak.. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan