Isnin, 25 April 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011

Assalammuallaikum…

“Membaca Itu Adalah Jambatan Ilmu”.. Hari ini aku nak kongsi cerita mengenai pengalaman aku ke pameran buku. Kalau minggu yg sebelum ni aku bjalan ke Melaka. Minggu lepas plak hari sabtu aku berjalan ke Kuala Lumpur International Book Fair 2011 dekat PWTC. Ni la wat pertama kali nya aku pergi book fair ni. Punya la ramai orang.. Naik poning kepalo den di buek nyo.. Walhal aku dah sampai awal kt book fair ni. Rupany da orang lain lg awal dari aku. (Berumah tango ko apo diorang ni kek PWTC ni. Agak eih diorg ni duk tggu dopan PWTC ni sobolom subuh kot) hehe.

Lupa plak nk bgtau. Aku gi book fair ni dgn  housemate aku. Kak imah dan mijah. Diorang memang suka membaca. Berbanding dgn aku yg  hanya membaca untuk masa terluang bile aku tak kua merayap (cam ulat bulu plk merayap-rayap). Sampai je kat PWTC kami cari penunjuk arah untuk ke Dewan Tun Razak 3. Nak cari buku yg kita orang nak.. Aku dah sah-sah la dtg nak cari favorite novel aku dari penulis terkenal Norhayati Berahim dari NB Kara @ http://norhayatiberahim.blogspot.com

Aku memang kagum giler dgn hasil karya beliau. Meminati nya dari zaman sekolah sehingga sekarang. Bile dah kerja da masa dan duit ckit.. Of course  setiap novel dia. Mesti aku beli. Karya-karya beliau banyak  memberi semangat dan kekuatan dalam hidup aku. Sebab ada kala ceritanya terkena pada kehidupan aku…

                                 #  Sempat lagi posing sambil tunggu lrt sampai

# Sementara cari jalan ke Dewan Tun Razak 3. 
Sempat lai amik picture dengan Abg SY= Abg Jem

Balik semula cerita di book fair tadi.hehe.  Bile dah jmpa je Dewan Tun Razak 3.. Masuk je ke dewan tu. Dari jauh aku dah nampak booth NB Kara. Aku terus pegi ke booth. Memang banyak novel hasil karya nya yang terbaru. Kebetulan penulis nya pun da. Sapa lai kalau bukan Kak Norhayati Berahim. Apa lai aku terus beli 2 buah novel- Kembalikan Cintaku dan ..Hujan Pun Menari… Manakala akak aku beli 2 buah novel gak - Pesanan Terakhir Seorang Lelaki dan Aku Bukan Rabiatul Adawiyah karya Kusyi Hirdan dan Sambal Kerang Najwa. Aku bergambar sakan la dengan penulis tu sambil mintak autographer mereka… Rasa time tu cam teruja sgt2 vs jakun.. Hahahahaha. 

Lepas memborong 4 buah novel NB Kara. Kami pun pegi ke booth PTS di Dewan Tun Ismail. Time ni aku just beli sebuah buku ilmiah mengenai perkahwinan. Tapi bukan aku beli buku tu tanda nya aku nak kawin skrg. Bukan yea.. Cuma nak menambah ilmu dan memotivasikan diri  sahaja. Kak imah dan mijah beli buku ilmiah berkaitan dengan Rasullulah S.A.W. Banyak buku yang ada. Sampai kan tak terbeli dan tak terbaca. Tak pe.. Next time book fair. Aku akan join lg ke pameran ini...


# Ni la gaya nya bile kami dah jumpa buku. Orang amik picture pun tak sedar.
Kusyuk membaca
 # Gaya Cik AZ bile dapat shoping.. Penuh tangan memegang bag plastic…

# Ni la antara buku-buku yang dapat kami shoping… Banyak kan.  Meriah beb..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan